MyHelp KKM    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ
SOALAN LAZIM :

1.    Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak ketiga?
       Boleh, dengan izin pengadu.

2.    Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?
       Maklumat lengkap perlu dilaporkan sebagaimana yang ditetapkan dalam borang atas talian.
 
3.    Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh MYHELP@KKM?
       Kes dan kejadian yang dilaporkan di dalam sistem ini terhad kepada kes buli yang mana mangsa dan PYDM adalah warga KKM.

“Buli” bermaksud suatu bentuk gangguan psikologi terdiri daripada kelakuan menindas secara kejam, jahat atau berdendam untuk mengaibkan atau merosakkan imej/kedudukan/martabat seorang pekerja atau sekumpulan pekerja, termasuk teguran atau kritikan negatif yang berterusan dan tidak wajar, memencilkan seseorang daripada hubungan sosial dan mengumpat atau menyebar maklumat palsu.

(Definisi ini dipetik daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, 2002)

“Warga KKM” bermaksud mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat di fasiliti KKM, termasuk pekerja kontrak yang emolumennya dibayar oleh pihak KKM.

“Pegawai Yang Disyaki Mengganggu (PYDM)” bermaksud seorang warga KKM yang sesuatu aduan berhubung perlakuan buli telah dibuat ke atasnya.

“Pengadu” bermaksud seseorang yang membuat aduan terhadap perlakuan buli yang dilakukan ke atas dirinya sendiri atau ke atas orang lain oleh PYDM.

“Mangsa” bermaksud warga KKM yang menjadi mangsa buli di tempat kerja oleh PYDM.

“Tempat kerja” bermaksud tempat di mana warga KKM atau pengadu bertugas dan termasuk kawasan luar tempat kerja untuk menjalankan urusan rasmi, tidak rasmi atau yang timbul daripada hubungan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pekerjaan di dalam atau di luar waktu pejabat.

4.    Bagaimana cara saya membuat aduan?
       Melalui laman sesawang https://myhelp.spab.gov.my

5.    Bagaimana aduan saya diproses?
       •    KKM akan mengeluarkan nombor kes / rujukan setelah didaftar dalam sistem.
       •    KKM menghantar e-mel Akuan Terima kepada pengadu.
       •    Siasatan dijalankan.
       •    KKM maklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu.
       •    KKM menyerahkan borang penilaian pengadu terhadap perkhidmatan pengurusan aduan yang diberikan.

6.    Berapa lama KKM membuat siasatan?
       Tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan sama ada kes biasa (15 hari bekerja) atau kes kompleks (lebih
        daripada tempoh 15 hari bekerja).
 
7.  Bagaimana saya boleh mendapatkan status aduan saya?
     Status aduan boleh diketahui melalui menu "Semak Aduan/Maklum Balas" menggunakan nombor rujukan / kes yang telah didaftar
     dalam sistem.
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader